UMNO DAN KEPONDANANNYA
Sebagai pemuda, kita makin pelik dan hairan kenapa usaha PKR untuk bersidang pada 2 Sept dihalang secara sepenuhnya. Kita pelik, negara yang kononnya demokrasi pimpinan Najib Tun Razak ini masih suka menghalang parti pembangkang untuk bersidang. Inikah demokrasi? Walhal PKR bukan nak bincang perang atau rancang keganasan. Sebaliknya tujuan persidangan itu adalah untuk menyelesaikan masalah negeri Perak yang masih lagi bergolak.
Saya sebagai orang muda dapat melihat dengan jelas sikap kepondanan UMNO atau pemerintah yang ada sekarang, mereka suka mengusutkan lagi kemelut yang ada di Perak. Kepondanan ini lahir kerana takut kehilangan kuasa yang sedia ada. Mereka takut apabila jawatan mereka hilang, kuasa mereka terlepas...mereka takut 'fail sulit' dan 'fail jahat' mereka didedahkan. Oleh yang demikian, mereka terpaksa mempertahankan kuasa yang ada...dalam masa yang sama, kita juga sudah dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO dan pemerintah sekarang adalah golongan yang mabukkan kuasa. Sekalipun terpaksa membunuh rakyat termasuk Altantuya atau Theo Beng Hock.
Memandangkan UMNO dapat merasai bahawa rakyat Perak membenci dan menolak parti tersebut. Jadi, mereka takut jika DUN dibubarkan dan pilihanraya dijalankan. Mereka takut jika rakyat menolak mereka-walhal mereka memang sudah tertolak pun. Ketakutan itu memaksa UMNO dan sekutunya mengambil tindakan 'Pondan'. Halang sana, halang sini...sekat sana...sekat sini. Tak ada kerja lain ker?
Apabila saya sebagai orang atas pagar memerhati perkara ini. Saya kian membenci UMNO, kian marah pada UMNO. Kerana mereka menyekat demokrasi dan menyekat kebebasan bersuara. Tidak berlaku adil kepada pemimpin lawan. Tidak berlaku adil pada wakil rakyat lain.
POLIS ADALAH PELAYAN PONDAN
Dalam kemelut kepondanan UMNO, polis ternyata menjadi pelayan terhadap sikap pondan UMNO. Polis menjadi pak turut dan mengikut arahan-arahan pondan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang pondan. Masakan tidak, dalam semua perkara yang dianjurkan oleh PKR pasti ada saja polis di sana. Di mana ada PKR di situ ada polis. Di mana ada PKR, di situ ada sekatan. Polis memang sukakan kerja menghalang PKR.
Polis Malaysia memang tidak profesional. Mereka sudah tidak kisah soal peragut...malah peragutpun tahu bahawa polis tidak kisahkan mereka. Polis juga tidak kisah pencurit kabel dan perompak. Mereka lebih risau jika wakil pembangkang memerintah, mereka takut wang rasuah dan duit suap mereka 'HILANG'.
MEDIA DAN WARTAWAN PONDAN
Bukan setakat polis jadi pelayan pemimpin pondan, malah media dan wartawan juga adalah sekutu-sekutu pondan UMNO. Sakit benar hati bila membaca ulasan yang songsang, menyeleweng dan menghentam tanpa bukti. Memang media juga sudah gila. Eh, bukan gila...semua sudah jadi pondan.
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment