Sunday, September 13, 2009

Beberapa Tindakan Bodoh BN

Rakyat sebetulnya marah apabila banyak hak mereka dicabuli oleh pemimpin BN. Harta negara pula disalahguna dan kebebasan memilih kerajaan cuba disekat oleh BN. Apabila rakyat mahukan keadilan dan kebebasan hak dalam negara berparlimen, sepatutnya BN mengambil langkah bijak untuk membuang perangai 'kuku besi' atau unsur-unsur 'berselindung'.

Kedudukan Najib sebagai PM tidak akan kekal lama berdasarkan tindakan yang diambilnya terhadap isu-isu terkini. Begitu juga kenyataan oleh Dr Mahathir yang menyifatkan BN akan berkubur tidak lama lagi. Kenapa? Kerana banyak tindakan Najib 'amat meragukan'. Sebagai rakyat biasa, beberapa tindakan yang diambil oleh PM jelas sekali menunjukkan dia seorang penjenayah dan pesalah.

INKUES KES THEOH BENG HOCK

Kita pelik, kenapa Najib tidak berani melantik Penyiasat Diraja dalam menyiasat kes Theoh. Hampir kesemua perkara yang dikaitkan dengan Najib akan disiasat oleh orang bawahannya. Bukankah itu tindakan 'pelik' dan 'ganjil'. Kalau Bos kita dikaitkan dengan skandal, tiba-tiba disuruhnya anak buah buat siasatan terhadap bos sendiri. Apa kejadahnya?

Sepatutnya di minta pihak yang berkecuali dan berautoriti untuk melakukan siasatan. Barulah bidang kuasanya luas dan lebih 'meyakinkan'. Malangnya, BN yang sedang retak menunggu belah itu membuat tindakan bodoh lagu meragukan. Dengan mewujudkan Inkues, ia bukan sahaja meragukan malah 'meruntuhkan integriti' beliau sendiri. Kesian Najib.

Aku guna logik akal sahaja, memandangkan aku adalah rakyat biasa. Sepatutnya Najib mengambil tindakan yang lebih bijak dengan melantik pesuruhjaya diraja yang menyiasat. Barulah rakyat berpuas hati dan integriti beliau makin pulih.

Butiran pengundi pos Bagan Serai

Antara tindakan bodoh BN ialah sikap mengongkong kebebasan rakyat dengan mewajibkan butiran pengundi pos ke atas pengundi Bagan Pinang. Dalam suasana rakyat mahukan perubahan dan ingin pemimpin BN lebih terbuka, setiap kali itu juga BN akan bertindak sebaliknya. Mereka menjadi lebih tertutup, mengongkong dan makin bodoh. Jangan hairan jika tindakan mengongkong kebebasan ini akan menjadi penyebab utama yang akan menambahkan kebencian rakyat untuk menentang kerjaan yang 'memenjarakan' suara rakyat sendiri.

Skandal PKFZ (Port Klang Free Zone)

Ini pun sama dengan kes Beng Hock. Bosan aku membaca akhbar. Kenapa mereka tidak lantik pesuruhjaya diraja yang menyiasat kes ini. Kenapa? Sebab Najib memang penjenayah kot. Jadi dia tidak akan berani melantik orang lain untuk menyiasat. Apapun, aku setuju dengan kenyataan Dr M yang menyatakan BN akan berkubur tidak lama lagi. Ditambahkan lagi dengan tindakan 'dhaif' najib, lagi cepatlah BN berkubur.

Kepada rakyat yang bijak dan cerdik, cukuplah kita diperbodohkan dengan wang dan duit kotor BN. Rasuah mereka berleluasa. Ini amat merugikan generasi depan. Terutamanya aku yang masih muda dan ingin berada di Malaysia yang lebih makmur. Jika begini keadaan pemerintah Malaysia. Aku jamin, bila aku sudah tua nanti keadaan akan menjadi lebih getir.

No comments:

Post a Comment