Apabila anda membaca akhbar yang pro kerajaan BN. Adakah anda tidak merasa bahawa diri anda tertipu? Hampir sahaja keseluruhan isi yang berkaitan isu politik bersifat 'menghentam' dan 'menghujum' pembangkang. Lihat sahaja akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Setiap isu yang berkait dengan pembangkang akan membawa bentuk penulisan sinis dan menekan. Bukan melaporkan.
Jika ada perhimpunan pembangkang, pasti dikaitkan dengan mengganggu ketenteraman awam. Padahal sebelum ini kesemua kes-kes perhimpunan yang berlaku kekecohan adalah sabotaj BN. Saya tidak pernah turun padang untuk sebarang demonstrasi, tapi saya secara automatik menjadi sangsi dan curiga apabila membaca ulasan di akhbar pro BN. Kerana apa? Kerana ulasan yang dibuat terlalu berat sebelah.
Akibat penggunaan media secara 'monopoli' dan membawa berita-berita yang 'berat sebelah' menyebabkan saya secara spontan dapat merasakan betapa media BN tidak terbuka. Najib ada menyebut dalam akhbar supaya media perlu tinggalkan politik tidak matang. Adakah ini bererti selama ini BN memang tidak matang?
Sikap 'double standard' dalam media BN antara 60% penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap mereka. Kerana apa? Kerana rakyat dapat merasakan bahawa pemimpin mereka sedang menipu menerusi 'berita politik tidak matang'. Jiwa orang yang sedar diri mereka tertipu tidak akan duduk dan merelakan sahaja. Mereka akan melakukan sesuatu untuk membantah.
Cuba lihat cara Muhyiddin mengutuk Anuar Ibrahim dengan menyatakan beliau sebagai pengkhianat bangsa. Apa untungnya mengutuk orang sebagai pengkhianat bangsa? Macam budak sekolah yang menangis tak dapat makan ais krim, lalu dikutuknya penjual ais krim. Apabila dihuraikan bentuk pengkhianatan itu...tidak disebut pula secara spesifik apakah pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Anuar kepada bangsa Melayu.
Tambahan pula...bagi seorang muslim, kita akui bahawa pengkhianat bangsa itu masih boleh dimaafkan. Tapi, pengkhianat agama adalah tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Nampak sangat retorik Muhyiddin itu seolah menunjukkan mereka sudah habis cara. Tak ada cara lain lagi nak hentam. Terpaksa guna teknik kutuk secara terbuka. Tapi, itupun tidak berkesan. Kesian. Rasanya rakyat Malaysia sudah menzahirkan rasa tidak rela ditipu apabila pilihanraya yang terbaru di Pinang berakhir dengan kemenangan dipihak PKR.
So...BN, berhentilah menipu. Jangan mati dalam keadaan menipu. Kesian.
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment